Sunday, August 30, 2009

Paku Masjid Kg. laut, Tumpat, Kelantan


Paku masjid ini saya ambil semasa menduduki peperiksaan semester akhir di OUM. Peperiksaan ini telah diadakan di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri, Kelantan. Selepas solat zohor saya mendapati selonggok kayu terdapat di tepi masjid Kg. Laut yang didirikan semula disitu. Selepas mendapat keizinan, sayapun mengambil sebatang paku sebagai kenang-kenangan. Menurut petua orang dulu-dulu, untuk membuat keris atau badik yang "power" salah satu bahan yang digunakan ialah paku masjid lama. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment