Wednesday, January 27, 2010

Ilmu Persilatan

Saya menceburi dalam bidang persilatan sejak kanak-kanak lagi. Sejak kecil, dikampung saya gelanggang seni mempertahankan diri sentiasa dibuka. Sebut sahaja seni silat, tinju, boxing siam, silat tongkat sentiasa menarik minat anak-anak muda. Gelanggang dibuka dan mereka akan menghabiskan masa pada waktu malam digelanggang masing-masing.

Semasa di Tingkatan 4, saya belajar di SM. Teknik, K. Terengganu. Kami menubuhkan persatuan Seni Silat sebagai satu aktiviti ko-kurikulum. Guru yang mengajar kami pada masa itu ialah Pak Da dari Sg. Tong, Setiu. Yang menariknya, Pak Da tidak banyak bercakap, beliau tidak mengajar buah-buah silat sebagaimana lazimnya, tetapi muridnya akan berdepan dan menyerang dengan pelbagai gaya dan teknik. Daripada pergerakan beliau menangkis serangan itu murid-murid dapat mempelajari langkah-langkah silat secara tidak langsung.
Setelah tamat pelajaran menengah saya telah mengikuti latihan perguruan di Maktab Perguruan Sri Pinang, P. Pinang pada tahun 1980 hingga 1981. Disini juga saya menyertai Persatuan Silat Seni Gayung Malaysia dan menjadi salah seorang AJK.

Selepas menjadi seorang guru, saya telah mempelajari beberapa jenis silat daripada beberapa orang guru seperti Abang Lah Semerak, Ayah Mat Beris Baru dan Allahyarham Cikgu Ibrahim Bukit Abal.  Saya telah menerima ijazah guru daripada Allahyarham Cikgu Ibrahim dan menerima amanah untuk memperkembangkan seni silat.
Setelah menetap di Besut saya yelah membuka gelanggang dirumah dan mengajar silat kepada penduduk tempatan dan ada juga daripada luar seperti Kelantan, Perak dan Kedah.

2 comments:

  1. hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors

    ReplyDelete