Tuesday, January 26, 2010

Panduan Menjimatkan Petrol

Harga petrol melambung tinggi dan ada cadangan daripada kerajaan untuk menggunakan dua mekanisme harga untuk kelas kereta yang berlainan. Untuk membantu meringankan beban pemandu ada beberapa cara untuk menjimatkan kos petrol.
Pertama pastikan anda anda mengisi kereta anda di waktu pagi kerana pada masa itu tanah masih sejuk. Ini mengurangkan pemuawapan petrol yang biasanya disimpan didalam tangki dibawah tanah.
Kedua ialah apabila anda mengisi petrol pastikan noozle disetkan pada tahap paling rendah kerana makin laju bermakna peratus petrol yang meruap akan lebih tinggi dan menyebabkan anda membayar lebih wang berbanding dengan petrol.
Ketiga jangan biarkan tangki anda kosong barulah diisikan dengan petrol. Sebaik-baiknya isikan petrol semasa ia separuh penuh. Ruang kosong yang besar dalam tangki akan menyebabkan kadar petrol meruap lebih tinggi.
Keempat jangan isi petrol semasa lori tangki sedang mengisi petrol kedalam tangki bawah tanah. Proses pengisian ini menyebabkan kotoran dibahagian bawah tangki akan memasuki enjin kereta anda dan boleh merosakkannya.

No comments:

Post a Comment