Wednesday, May 19, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru Malaysia.  Semoga khidmat kita yang ikhlas dalam memberi pelajaran dan pendidikan kepada pelajar-pelajar memberikan hasil yang positif.  Sesungguhnya tugas sebagai seorang pendidik sekarang amat mencabar.  Seorang guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang terkini terutama dalam bidang ICT.  Penggunaan ICT dalam P & P boleh memberi rangsangan kepada murid-murid untuk belajar kerana ia boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan.
Pada tahun ini genaplah perkhidmatan saya selama 28 tahun sebagai seorang guru.  Daripada seorang guru biasa yang berkhidmat jauh dipedalaman sehinggalah menjadi seorang pentadbir sekolah banyak memberikan pengalaman  pahit manis.

1 comment: