Monday, November 30, 2009

Selamat bertemu kembali. Terima kasih kepada semua pengunjung blog saya yang sentiasa menanti posting terbaru daripada saya. Hampir dua bulan saya tidak update blog saya disebabkan oleh tugas tugas yang memerlukan komitmen saya. Sebagai seorang guru yang bertugas diunit pengurusan dan kurikulum, dibulan-bulan terakhir adalah saat yang paling sibuk, terutama urusan berkaitan dengan peperiksaan UPSR dimana Daerah Besut telah muncul daerah terbaik di Negeri Terengganu dan Malaysia dengan bilangan jumlah calon yang mendapat 5A hampir 20 % . Sekolah saya juga telah mencipta rekod pada tahun ini dengan peningkatan yang mendadak dimana calon yang mendapat 5A bertambah hampir 300%. Kejayaan ini juga bertambah kerana anak bongsu saya juga berjaya mendapat 5A. Alhamdulillah.

Disamping itu pada 6 Nov 2009 anak lelaki saya telah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah MBBS di MSU-International Medical School, Shah Alam Campus. Nampaknya cita-cita beliau untuk menjadi seorang doktor hampir menjadi kenyataan. Insya Allah.

Pada 17 Nov 2009 juga adalah satu tarikh yang keramat kerana pada hari itu saya telah menerima ijazah di PWTC, K. Lumpur dalam usia 50 tahun 10 bulan saya menerima ijazah pertama saya dalam bidang IT. Walaubagaimanapun hanya saya dan isteri sahaja yang dapat menghadiri majlis konvokesyen itu kerana ketiga-tiga anak kami berada disekolah masing-masing di Selangor, Kelantan dan di Terengganu.

1 comment:

  1. Salam, Bagus Cikgu zain...dalam usia begini sanggup belajar... dalam bidang IT pulak tu...patutlah dapat anak yang cerdik... tahniah Cikgu

    ReplyDelete