Tuesday, April 6, 2010

Ibu Mangsa Samun

Pada Hari Rabu 31/3/2010  lebih kurang jam 2.30 petang ibu saya seorang warga emas telah disamun dirumahnya .  Menurut saksi dan jiran-jiran yang menyaksikan kejadian itu 3 orang penjenayah menaiki sebuah kereta Gen2 warna putih No. Pendaftaran DBD **** dipercayai palsu telah menceroboh kedalam rumah dan meragut rantai leher dan rantai tangan ibu saya.  Beliau yang baru sahaja selesai menunaikan solat zohor dan sedang berehat diruang tamu. Penjenayah yang memakai seluar pendek, bertopi warna merah cuba meragut rantai tangan tetapi tidak berjaya tetapi penjenayah itu telah mengheret mangsa hingga terjatuh.  Akibat darpada kejadian itu ibu saya telah mengalami kecederaan yang teruk diseluruh badan dan tangannya patah dan tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital selama dua hari. Penjenayah telah melarikan diri ke arah Jerteh, Besut, Terenggganu.

Saya dan ahli keluarga yang kebetulan sampai beberapa minit selepas kejadian telah melaporkan kejadian itu ke Balai Polis P. Puteh. Satu pasukan penyiasat dari balai polis berkenaan datang untuk membuat siasatan dan satu sekatan jalanraya telah diadakan di Kg. Padang Luas, Jerteh.

Semasa siasatan dijalankan, kereta Gen2 berwarna putih itu tiba-tiba kelihatan melalui ditempat kejadian.  Anggota polis yang berada ditempat kejadian terus mengejarnya. Drama kejar-mengejar ini berlaku sehingga ke Kg. Alor Hijau, Selising.  Menurut saksi yang melihat kejadian itu, penjenayah itu dapat melarikan diri.

No comments:

Post a Comment