Tuesday, April 6, 2010

Ibu Mangsa Samun

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.  Begitulah yang berlaku kepada ketiga-tiga penjenayah tersebut.  Pada hari Jumaat 2/4/2010 iaitu dua hari selepas kejadian samun itu, pihak polis telah berjaya mengesan penjenayah tersebut ketika memberhentikan kereta disebuah kedai di Kota Bharu. Penjenayah tersebut berjaya ditahan selepas polis melepaskan 3 das tembakan.  Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Berita penangkapan telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Utusan Melaysia pada hari Sabtu 3 April 2010.

No comments:

Post a Comment