Showing posts with label Koleksi Kayu Hikmah. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Kayu Hikmah. Show all posts

Wednesday, September 9, 2009

Kayu Senduduk Putih


Kayu ini biasanya digunakan untuk pelaris perniagaan, pengasih dan penawar racun. Dikatakan jika sesiapa makan bunga senduduk putih ia tidak akan memberi kesan jika termakan racun.

Kayu Penunduk Betina

Kayu ini masih lagi dalam bentuk asal dan dijadikan tongkat. Ia digunakan untuk penunduk/penggerun dan pembisa. Ia biasa juga dibuat batu cincin untuk tujuan yang sama.

Kayu Iboi

Pokok ini sama seperti pokok nibung tetapi warnanya putih sementara nibung berwarna hitam. Satu lagi ciri pokok ini ialah durinya menghala keatas. Ia biasanya dibuat cincin dan tongkat untuk penunduk dan pembisa. Jika diasah dengan kemenyan ia menjadi ubat buasir yang sangat mujarab. Pada zaman dahulu kayu ini digunakan untuk memukau isi rumah oleh penjenayah-penjenayah yang ingin merompak atau mencuri.

Kayu Lek Besi


Kayu ini pantang digunakan untuk memukul orang terutama kanak-kanak. Ia sangat berbisa dan berguna untuk menghadapi binatang bisa sepeti ular. Kayu ini dalam keadaan biasa sangat lembut dan mudah dilentur tetapi selepas dipotong ia menjadi sangat keras dan kuat. Ia juga biasa dibuat batu cincin untuk maksud yang sama.

Sunday, August 30, 2009

Rotan Songsang


Rotan Songsang ini diperolehi oleh Allahyarhamah ibu saudara saya semasa menunaikan haji di Mekah. Beliau yang tua dan uzur telah diberikan sebatang tongkat oleh seorang hamba Allah dan digunakan semasa mengerjakan haji.

Kayu Dalam kayu


Kayu ini biasanya digunakan untuk dibuat cincin dan dipakai sebagai satu pakaian orang dulu-dulu kerana mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia ialah satu kayu yang menembusi kayu yang lain dan sangat sukar ditemui.

Nibung Tunggal Di Panah Petir


Kayu ini biasanya dibuat cincin dan dipakai untuk menjauhkan gangguan makhlus halus. Ia juga dipakai sebagai pembisa. Satu kejadian aneh telah berlaku semasa pokok ini ditebang. Walaupun pokok itu sudah putus dipotong menggunakan gergaji rantai, tetapi ia tidak tumbang dan terus tegak seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Setelah pokok itu dipisahkan daripada perdunya barulah ia mula bergoyang dan tumbang.

Friday, August 7, 2009

Teras Kilo

Teras kilo atau gemunggal ini dipercayai boleh menahan daripada cecair merbahaya (kebal asid) tetapi tidak berkesan kepada senjata tajam. Wallahu a'lam.

Kayu Kebal


Kayu ini kepunyaan seorang sahabat saya. Kayu ini telah diuji dan sesiapa yang berhajat boleh mendapatkanya dengan mahar RM250.