Showing posts with label Koleksi Keris. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Keris. Show all posts

Friday, December 4, 2009

Keris Basah


Keris ini asalnya basah dan berair tetapi disebabkan ramai yang datang untuk menguji dengan bermacam-macam cara ia telah menjadi kering. Keris ini sepasang dan masih lagi menjadi koleksi saya.

Friday, August 21, 2009

Keris Kecil Berwafak

Keris kecil ini biasanya digunakan oleh golongan wanita pada zaman dahulu sebagai senjata sulit untuk mempertahankan diri.

Tuesday, August 11, 2009

Keris Ghaib

Keris ini berada dalam simpanan saya selama 20 tahun. Ia adalah pakaian seorang puteri legenda yang termasyhur. Beberapa tahun yang lalu saya mendapati almari dimana keris-keris milik saya tersimpan telah roboh lantainya dan keris ini telah ghaib sedangkan pintu almari dalam keadaan tertutup.

Friday, August 7, 2009

Anak Wali


Senjata ini dinamakan Anak Wali hasil kerjatangan seorang tukang besi dari Kelantan. Ukirannya dihasilkan oleh seorang anak muda dari Kg. Saring, P. Puteh, Kelantan. Dihiasai dengan batu-batu permata asli.

Friday, July 17, 2009

Keris Jawa


Keris Lok Lima


Satu lagi koleksi keris lok lima tanpa hulu dan sampir.

Keris Lok Tiga Belas


Keris ini diperbuat daripada tembaga kuning

Keris Lok Sembilan


Keris ini dipercayai sudah berusia beratus-ratus tahun, anugerah daripada guru silat. Di mata keris terukir nama empat sahabat Rasulullah dan huruf Lam alif.

Keris Lok Lima


Keris Lok lima ini mempunyai pamor yang halus memanjang daripada hujung hingga ke pangkalnya.

Keris Lok Lima


Keris Pamong Sari tanpa hulu dan sampir ini berasal dari Gunong, Bachok, Kelantan.

Keris Lok Lima


Keris Lok lima ini mempunyai pamor berlapis.

Keris Jawa


Keris kecil ini diperolehi semasa berkunjung ke sebuah anak sungai di belakang Sk. Kuala Setiu, Terengganu. Ia diperbuat daripada tembaga dan terdapat ukiran ayat-ayat al-qur'an di sarung dan mata keris.