Gambar 2 orang pelajar Sk. Kg. Aur, Rpmpin, Pahang.
Catatan pengalaman dan koleksi keris antik, badik, pedang, mistik, dan lain-lain. Koleksi yang dipaparkan diblog ini sedia dipindahmilik kepada sesiapa yang betul-betul serius untuk memilikinya
Showing posts with label Koleksi Gambar Kenangan. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Gambar Kenangan. Show all posts
Monday, June 14, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Cikgu dulu-dulu
Gambar Kenangan bersama-sama murid-murid SK. Kg. Aur, Rompin, Pahang.
Guru-guru dari kanan Ustaz Wahiduddin dari Pekan, Pahang, saya, Guru Besar En. Mokhtar dari Pekan, Pahang, En.Rashid dari Merbok, Kedah, En. Jamaluddin dari Bukit Tembaga, Kedah.
Sunday, May 23, 2010
Cikgu dulu-dulu
Cikgu Mokhtar, Guru Besar SK.Kg. Aur berasal dari Kg. Temai, Pekan, Pahang sedang mengajar murid-murid diluar bilik darjah.
Cikgu dulu-dulu
Selepas menuntut ilmu pendidikan di Maktab Perguruan Sri Pinang, P. Pinang selama 2 tahun (Tahun 2980-1981), tibalah masanya untuk saya untuk menabur bakti sebagai seorang guru. Saya telah ditempatkan di Sek. Keb. Kg. Aur, Rompin, Pahang. Sekolah ini terletak dikawasan pedalaman Pahang, kira-kira 10 kilometer daripada Bandar Bukit Ibam, Pekan. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli. Saya terpaksa bermotosikal melalui hutan simpan hampir sejam untuk sampai kesekolah. Jalan yang dilalui hanya jalan lori balak, berdebu dimusim kemarau dan berlumpur di musim hujan.
Setiap hari pakaian perlu dua pasang, sepasang dipakai semasa ke sekolah dan sepasang di pakai semasa mengajar. Pakaian yang dipakai semasa perjalanan ke sekolah akan kotor terkena debu dimusim kemarau dan lumpur dimusin hujan.
Bukan itu sahaja cabaran yang perlu di hadapi. Dimusim hujan jalan menjadi licin dan sebahagiannya berlumpur. Roda motosikal akan terbenam dalam lumpur dan perjalanan ke sekolah akan menjadi lebih sukar.
Perjalanan diwaktu pagi sering tergangggu samada oleh faktor cuaca dan juga binatang berbisa dan lain-lain. Ular tedung sering ditemui berehat merintangi jalan. Pernah juga saya terserempak ular tedung selar yang besar dan juga harimau kumbang.
Wednesday, May 19, 2010
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru Malaysia. Semoga khidmat kita yang ikhlas dalam memberi pelajaran dan pendidikan kepada pelajar-pelajar memberikan hasil yang positif. Sesungguhnya tugas sebagai seorang pendidik sekarang amat mencabar. Seorang guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang terkini terutama dalam bidang ICT. Penggunaan ICT dalam P & P boleh memberi rangsangan kepada murid-murid untuk belajar kerana ia boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan.
Pada tahun ini genaplah perkhidmatan saya selama 28 tahun sebagai seorang guru. Daripada seorang guru biasa yang berkhidmat jauh dipedalaman sehinggalah menjadi seorang pentadbir sekolah banyak memberikan pengalaman pahit manis.

Tuesday, April 6, 2010
Ibu Mangsa Samun
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Begitulah yang berlaku kepada ketiga-tiga penjenayah tersebut. Pada hari Jumaat 2/4/2010 iaitu dua hari selepas kejadian samun itu, pihak polis telah berjaya mengesan penjenayah tersebut ketika memberhentikan kereta disebuah kedai di Kota Bharu. Penjenayah tersebut berjaya ditahan selepas polis melepaskan 3 das tembakan. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.
Berita penangkapan telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Utusan Melaysia pada hari Sabtu 3 April 2010.
Berita penangkapan telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan Utusan Melaysia pada hari Sabtu 3 April 2010.
Ibu Mangsa Samun
Pada Hari Rabu 31/3/2010 lebih kurang jam 2.30 petang ibu saya seorang warga emas telah disamun dirumahnya . Menurut saksi dan jiran-jiran yang menyaksikan kejadian itu 3 orang penjenayah menaiki sebuah kereta Gen2 warna putih No. Pendaftaran DBD **** dipercayai palsu telah menceroboh kedalam rumah dan meragut rantai leher dan rantai tangan ibu saya. Beliau yang baru sahaja selesai menunaikan solat zohor dan sedang berehat diruang tamu. Penjenayah yang memakai seluar pendek, bertopi warna merah cuba meragut rantai tangan tetapi tidak berjaya tetapi penjenayah itu telah mengheret mangsa hingga terjatuh. Akibat darpada kejadian itu ibu saya telah mengalami kecederaan yang teruk diseluruh badan dan tangannya patah dan tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital selama dua hari. Penjenayah telah melarikan diri ke arah Jerteh, Besut, Terenggganu.
Saya dan ahli keluarga yang kebetulan sampai beberapa minit selepas kejadian telah melaporkan kejadian itu ke Balai Polis P. Puteh. Satu pasukan penyiasat dari balai polis berkenaan datang untuk membuat siasatan dan satu sekatan jalanraya telah diadakan di Kg. Padang Luas, Jerteh.
Semasa siasatan dijalankan, kereta Gen2 berwarna putih itu tiba-tiba kelihatan melalui ditempat kejadian. Anggota polis yang berada ditempat kejadian terus mengejarnya. Drama kejar-mengejar ini berlaku sehingga ke Kg. Alor Hijau, Selising. Menurut saksi yang melihat kejadian itu, penjenayah itu dapat melarikan diri.

Sunday, April 4, 2010
Monday, September 21, 2009
Selamat Hari Raya
Monday, September 7, 2009
Peperiksaan UPSR
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)