Sunday, May 23, 2010

Cikgu dulu-dulu


Selepas menuntut ilmu pendidikan di Maktab Perguruan Sri Pinang, P. Pinang selama 2 tahun (Tahun 2980-1981), tibalah masanya untuk saya untuk menabur bakti sebagai seorang guru.  Saya telah ditempatkan di Sek. Keb. Kg. Aur, Rompin, Pahang.  Sekolah ini terletak dikawasan pedalaman Pahang, kira-kira 10 kilometer daripada Bandar Bukit Ibam, Pekan. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli. Saya terpaksa bermotosikal melalui hutan simpan hampir sejam untuk sampai kesekolah.  Jalan yang dilalui hanya jalan lori balak, berdebu dimusim kemarau dan berlumpur di musim hujan.  
Setiap hari pakaian perlu dua pasang, sepasang dipakai semasa ke sekolah dan sepasang di pakai semasa mengajar. Pakaian yang dipakai semasa perjalanan ke sekolah akan kotor terkena debu dimusim kemarau dan lumpur dimusin hujan.
Bukan itu sahaja cabaran yang perlu di hadapi. Dimusim hujan jalan menjadi licin dan sebahagiannya berlumpur.  Roda motosikal akan terbenam dalam lumpur dan perjalanan ke sekolah akan menjadi lebih sukar. 
Perjalanan diwaktu pagi sering tergangggu samada oleh faktor cuaca dan juga binatang berbisa dan lain-lain. Ular tedung sering ditemui berehat merintangi jalan. Pernah juga saya terserempak ular tedung selar yang besar dan juga harimau kumbang.

No comments:

Post a Comment