SELAMAT DATANG KE BLOG KOLEKSI CIKGU ZAIN
Catatan pengalaman dan koleksi keris antik, badik, pedang, mistik, dan lain-lain. Koleksi yang dipaparkan diblog ini sedia dipindahmilik kepada sesiapa yang betul-betul serius untuk memilikinya
Tuesday, June 22, 2010
Monday, June 14, 2010
Wednesday, June 2, 2010
Cikgu dulu-dulu
Gambar Kenangan bersama-sama murid-murid SK. Kg. Aur, Rompin, Pahang.
Guru-guru dari kanan Ustaz Wahiduddin dari Pekan, Pahang, saya, Guru Besar En. Mokhtar dari Pekan, Pahang, En.Rashid dari Merbok, Kedah, En. Jamaluddin dari Bukit Tembaga, Kedah.
Sunday, May 23, 2010
Cikgu dulu-dulu
Cikgu Mokhtar, Guru Besar SK.Kg. Aur berasal dari Kg. Temai, Pekan, Pahang sedang mengajar murid-murid diluar bilik darjah.
Cikgu dulu-dulu
Selepas menuntut ilmu pendidikan di Maktab Perguruan Sri Pinang, P. Pinang selama 2 tahun (Tahun 2980-1981), tibalah masanya untuk saya untuk menabur bakti sebagai seorang guru. Saya telah ditempatkan di Sek. Keb. Kg. Aur, Rompin, Pahang. Sekolah ini terletak dikawasan pedalaman Pahang, kira-kira 10 kilometer daripada Bandar Bukit Ibam, Pekan. Penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan Orang Asli. Saya terpaksa bermotosikal melalui hutan simpan hampir sejam untuk sampai kesekolah. Jalan yang dilalui hanya jalan lori balak, berdebu dimusim kemarau dan berlumpur di musim hujan.
Setiap hari pakaian perlu dua pasang, sepasang dipakai semasa ke sekolah dan sepasang di pakai semasa mengajar. Pakaian yang dipakai semasa perjalanan ke sekolah akan kotor terkena debu dimusim kemarau dan lumpur dimusin hujan.
Bukan itu sahaja cabaran yang perlu di hadapi. Dimusim hujan jalan menjadi licin dan sebahagiannya berlumpur. Roda motosikal akan terbenam dalam lumpur dan perjalanan ke sekolah akan menjadi lebih sukar.
Perjalanan diwaktu pagi sering tergangggu samada oleh faktor cuaca dan juga binatang berbisa dan lain-lain. Ular tedung sering ditemui berehat merintangi jalan. Pernah juga saya terserempak ular tedung selar yang besar dan juga harimau kumbang.
Wednesday, May 19, 2010
Selamat Hari Guru
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua guru-guru Malaysia. Semoga khidmat kita yang ikhlas dalam memberi pelajaran dan pendidikan kepada pelajar-pelajar memberikan hasil yang positif. Sesungguhnya tugas sebagai seorang pendidik sekarang amat mencabar. Seorang guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang terkini terutama dalam bidang ICT. Penggunaan ICT dalam P & P boleh memberi rangsangan kepada murid-murid untuk belajar kerana ia boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan.
Pada tahun ini genaplah perkhidmatan saya selama 28 tahun sebagai seorang guru. Daripada seorang guru biasa yang berkhidmat jauh dipedalaman sehinggalah menjadi seorang pentadbir sekolah banyak memberikan pengalaman pahit manis.
Pada tahun ini genaplah perkhidmatan saya selama 28 tahun sebagai seorang guru. Daripada seorang guru biasa yang berkhidmat jauh dipedalaman sehinggalah menjadi seorang pentadbir sekolah banyak memberikan pengalaman pahit manis.
Subscribe to:
Posts (Atom)