Di bulan puasa ini jika tuan/puan ingin berbuka puasa dengan sup tulang atau sup daging tetapi tak sempat kerana lewat pulang kerumah kerana bertugas di pejabat. Ini satu petua agar daging cepat empuk dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakannya. Caranya masukkan beberapa biji buah khorma/tamar kedalam rebusan tulang atau daging nescaya daging itu cepat empuk. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment